Monday, January 22, 2007

Kejauhan Itulah Yang Sebenarnya Merapatkan


(Buat I)

Takdir ku adalah berada di sini
perpisahan itu adalah sesuatu yang pahit
manisnya kita masih dapat bertemu lagi
cuma apa yang janggal buat kita
aku tidak lagi dapat bercerita dengan mu selalu
dan kau pun tidur tanpa ku di sisi
kehidupan pun punyai cerita-cerita tersendiri

Sukarnya aku mengharung hidup seorang diri
gentarnya kau melangkah hari demi hari
kerana kita sudah terlalu lama berdua
kekuatan kita adalah pada ingatan
yang rela dan manis
yang tulus dan penuh kasih
walaupun kadang-kala aku menanggis
kerana rindu menjemput aku mengingati mu
pengubatnya adalah kenangan kita
dan senyuman pun melamar hati
lantas ku luahkan pada deru angin
betapa manis jika kau di sisi

Kita telah memilih takdir kita sendiri
itulah ertinya kedewasaan
suatu hari nanti kau akan menjadi milik orang lain
dan aku dengan jalan ku sendiri
namun hakikat ini tidak pernah cemar
bahawa kau adalah saudara ku yang paling akrab
jambangan kasih ku mekar bak bunga di taman
harumnya menyentuh hati
betapa manis ikatan ini

Percayalah
kejauhan itulah yang merapatkan kita
kerana rindu adalah tanda ingatan
ingatan adalah tanda kasih
kasih akan kita berdua

aaaaaa
Ayu
Kulim
17/05/2000

3 comments:

Warna Diri 1:47 PM  

Thanks ayu, untuk sajak yang paling indah and bermakna ini - warna diri :)

Anonymous,  2:25 AM  

sangat menarik, terima kasih

Warna Diri 10:49 PM  

Salam, terima kasih banyak atas komen anda. Sajak ini adalah hasil karya dari kembar saya. Jemput ke blog beliau http://acupofblues.blogspot.com untuk membaca karya-karya nya yang lain. Selamat menghayati puisi :)

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP