Tuesday, March 13, 2007

Di Sebuah Restoran, Dimana Ia Membuat Kita Ketawa

Kita ketawa hingga terasa sakitnya perut
tentang perkara lucu yang berlaku di restoran tadi.

Sungguh-sungguh kita ketawa tentang
bagaimana aku boleh lupa akan nama minuman itu
hingga 'waiter' itu begitu sabar menunggu
dengan ekspresi wajahnya yang tertunggu-tunggu pesananku
dan kau pula mencari menu minuman yang masih belum dijumpa
walaupun sudah tiba dihelaian terakhir
lalu kukatakan padamu dengan berbisik
"pesan sahaja minuman buah"
lantas kau tersenyum kecil
dan dengan bersahaja memesan 'fresh orange'.

Tapi apa yang membuat kita lebih ketawa
bila dia memesan menu udang karang untuk santapan tengah harinya
sesuatu yang tidak akan kita duga
kerna kau dan aku amat arif akan harganya
lantas dalam nada lucu aku katakan padamu didalam perjalanan pulang
"kalau kutahu, akan kupesan juga menu yang sama"
dan berderai ketawa kita di dalam kereta
bila kau juga katakan turut fikirkan perkara yang serupa.

Terima kasih Z
kerna sudah lama aku tidak ketawa begini
dan sesungguhnya ketawa begini
benar-benar menceriakan hari.
aaa
warna diri
3/03/07
Bandar Sunway

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP