Tuesday, August 14, 2007

Ada Cinta Yang Begitu Mendalam

(Buat I)
Menangis
hanya kerana mengingati dirinya
bukankah itu cinta yang amat dalam?

Ini bukan kali pertama
ternyata untuk kali keduanya ini
aku benar-benar memahami
pada setiap air mata yang mengalir dipipimu
ada cinta yang begitu mendalam.

I...
sebagai perempuan
yang juga pernah merasai apa itu peritnya cinta
aku dapat merasakan kekecewaan itu dalam jiwamu
ya,ia terlalu pedih
dan ya, ia terlalu membebankan
untuk hati yang begitu mencinta.

Namun itulah lumrah hidup
bahawa pada setiap impian itu
akan ada diantaranya yang tidak kan pernah
menjadi kenyataan
bukankah Tuhan itu sudah mengaturkan segalanya
yang terbaik untuk kita?

I...
biarkan hari mendatang hadir bersama keindahan
cerita semalam
hanyalah antara titipan kehidupan
yang punya kegembiraan dan kesedihannya tersendiri
terimalah ia dengan seadanya
dan percayalah bila kukatakan
'waktu itu adalah pengubatnya'
aaa
Warna Diri
8 July 2007
Ipoh



4 comments:

Anonymous,  4:00 PM  

Eija..thanks 4 the poem...n thanks 4 ur advice too..

Warna Diri 4:50 PM  

you are always welcome, I :)

Danisha 1:10 PM  

Eja,
Masa Aziah baca poem ni, terkejut giler sbb ingatkan untuk Xr, n that mean Aziah tertinggal satu cerita penting dari dia, bila diselidik rupe2nya kawan kita yg sorang lagi kat Kulim tu. Sorry for that. Nampak byk yang termiss ni.....
Semoga dia terus tabah.....

Warna Diri 11:49 AM  

A'ah aziah, poem nie bukan untuk Xr, tapi kawan kita I. Itulah, hari tu masa on the way gi ipoh, dia menangis lagi for the 2nd time depan eja, terus come out nak buat poem nie untuk dia. Kita semua harap sangat I tabah. She is strong girl :)

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP