Saturday, October 06, 2007

Hariku Bermula


Di saat sinar mentari memberikan warnanya
ke pelusuk alam
ketika itu jugalah
hari ku bermula
dengan cerita-ceritanya yang tersendiri.

Ya Tuhanku yang maha pengasih
padamu aku bermohon
semoga perjalanan hari ini
akan lebih manisnya
dari detik yang telah kulewati semalam.

Ya, hidup ini
adalah permainan waktu.
aaa
warna diri
4 Oktober 2007
UKM, Bangi

4 comments:

Anonymous,  11:28 PM  

salam saudari ayu..
pada pendapat saya puisi2 saudari ni sangat indah & menarik..
sejak bila saudari menulis puisi ni?
ada buku2 puisi yang saudari sudi berkongsi dgn saya?=]

Warna Diri 8:50 PM  

salam kembali,
terima kasih atas pujian saudara. Pujian saudara itu membangkit semangat saya dan juga kembar saya untuk terus menghasilkan puisi indah untuk tatapan saudara.
Kami sudah lama menulis puisi, semenjak dibangku sekolah lagi, tapi hanya sekadar suka-suka dan cinta yang mendalam terhadap puisi.
Saya dan saudara saya begitu meminati karya puitis terkenal sekitar tahun 70-an iaitu ZAIHASRA. Karya-karya beliau begitu ringan namun mempunyai makna yang medalam dalam setiap puisi nya, membuat kami begitu mengaguminya.

Semoga saudara terus membaca puisi-puisi dari kami berdua :)

ayu & warna diri

Anonymous,  11:48 AM  

Sajak yang ditulis ni namanya sajak doa kan? Heh!

Kawan aku pun minat sajak2 Allahyarhamah Zaihasra.

Warna Diri 11:39 AM  

Saya tak pasti pulak ttg tu azzam. Mungkin ya :)

Wah, sukanye bila tahu ada org diluar sana yang sukakan karya-karya Allahyarham Zaihasra :)

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP