Tuesday, February 22, 2011

Kau Adalah Kemanisan Hidup


Kau adalah kemanisan hidup
yang dikurniakan oleh-Nya
wujud dari rasa penuh cinta
antara kami berdua

Telah bertaut rasa kasih dan sayang
bersama debaran nya tersendiri
disaat aku merasakan dirimu
dalam diriku

Bila sampai masanya nanti
akan dapat kami melihat mu
bersama peluk cium
tersulam kasih penuh abadi
tidak berbelah bahagi
buat mu

***

Warna Diri
8 Januari 2011
Kulim

Read more...

Perpisahan.....Setelah Kita Fahami


Akan ada doa ku
pada setiap bait rindu mu
dan pada setiap puisi rindu ku
tersisa ingatan yang rela.

Kini aku pun telah menghilang
bersama angin malam
setelah antara kita memahami bahawa
ada yang lebih terbaik dari aku untuk mu
dan kau untuk ku.

Perpisahan antara kita
moga menemukan segala yang terbaik
buat kau dan aku.

***
Warna Diri
7 Januari 2011
Kulim

Read more...

Thursday, August 13, 2009

Air Mata Dari Lelaki Seperti Mu

Air mata dari lelaki seperti mu
adalah sebuah cinta yang mempesonakan
luhur buat gadis
yang telah sekian lama
mencuri hatinya.

***
warna diri
Jun 2009
Jalan Duta

Read more...

Wednesday, August 12, 2009

Kau Hanyalah Bayang

Pergi..pergi..pergi..
aku sudah jemu melayan
keresahan ini.

Pergi..pergi..pergi..
jangan dirampas nikmat yang pernah aku syukuri.

Pergi..pergi..pergi..
aku hanya mahu mencintai dia
setulus hati.

Pergi..pergi..pergi..
sungguh kau hanyalah bayang
yang penuh dengan hasad dengki.

***

warna diri
Jun 2009
Jalan Duta


Read more...

Friday, February 20, 2009

Hanya Dengan Mu!


Perjalanan ini sudah sampai disini
dan aku masih memegang erat tanganmu.

Sudah apakah dugaan yang kita tempuhi sayang
kerna cinta bukanlah sebuah perjalanan yang lurus
dan air mata adalah bukti pada semua hal yang menyedihkan
namun kau masih memegang erat tanganku
tanpa ragu.

Dan dapatkah kau lihat itu sayang
betapa jauhnya lagi perjalanan ini
namun tidak sedikitpun aku merasa gentar
kerna aku telah pun bertekad untuk terus memegang tanganmu
bersama menyusuri perjalanan ini.

Doaku
segala yang terbaik mengiringi kita.

***
Warna diri
19 Febuari 2009
Bangi

Read more...

Tuesday, January 06, 2009

Dalam Kejauhan Ini


Setiap kali kau melafazkan kata cinta
aku pun memeluk setiap hembusan nafasmu
dan ku kirimkan pada angin selatan
memberikan pesan
agar kasih kita bersama
dalam kejauhan ini.

***

Warna Diri
2 January 2009
Kuala Lumpur

Read more...

Wednesday, April 30, 2008

Yang Terpamer Dari Katamu


Sentiasa aku fikirkan
mungkin cinta seringkali hadir bersama keraguan
bila aku disini dan kau disana
terpisah pada satu jarak yang sering mengundang seribu persoalan
dan jawapan-jawapan yang amat menyesakkan
lantas aku pun bertanya pada diri
sejauh manakah keyakinan ini.

Dan malam ini kita pun bertemu lagi setelah sekian lama
sungguh aku rindu
tapi perasaan ini tidak cukup untuk meyakinkan ku
dan aku pun cuba mencari keyakinan itu disetiap raut wajahmu
dan juga dari jari-jemarimu yang menyentuh lembut tanganku
namun aku masih merasakan sebegitu.

Dan ketika aku semakin lemas didalam perasaan ini
diakhir lewat pertemuan kita malam itu
tanpa disedari kau telah membisikkan sesuatu kepada ku
dan sungguh dengan kata-kata itu
telah membuat hati keperempuanan ku merasa amat tersentuh.

Lalu aku pun membuang jauh perasaan yang membelengu ku
kerna kelegaan itu telah menjadi milikku
yang terpamer dari kata mu
yang benar-benar menyintaiku.

Dan cinta pun menjadi semakin menghijau.

***

warna diri
12 April 2008
Penang

Read more...

Aku Masih Tidak Mengerti


Jangan pernah kau tanyakan padaku
tentang soal hati dan perasaan
kerna aku sendiri tidak pernah dapat mengerti.

Ia hadir bila ia mahu hadir
tanpa sedikit pun rekaan
ia pudar bila ia mahu pudar
tanpa sedikit pun paksaan.

Dan sungguh
aku masih tidak mengerti perasaanku sendiri
dan apa yang aku perlukan
dalam hatiku ini.

***

warna diri
27 April 2008
Kuala Lumpur

Read more...

Tuesday, March 18, 2008

Menyapa Kenangan


Beginilah keadaannya selalu
pada setiap perjalanan yang panjang
aku pun menyapa kenangan.

***

warna diri
12 March 2008
perjalanan pulang ke kuala lumpur


Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP