Thursday, December 28, 2006

Dalam Kepayahan Ini


Dalam kepayahan aku bersuara
dalam gementar aku bertanya
adakah rindu ini
jauh menghilangkan rasa
meninggalkan erti kasih
saban waktu
kabut diri ku bak menelan tuba
kerana hati ku
diremuk kata-kata
aaaaa
Ayu
Di suatu ketika dulu
Kulim

Read more...

Wednesday, December 27, 2006

Sekalipun Aku Tidak Lagi Bertanya


Andainya malam ini kau terlena dalam senyum
kerana sebahagian dingin hidup mu diselimuti tiap doa ku
aku pun tidak lagi gentar akan hidup perantau
kerana telah aku temui pengertian dan harapan
yang menghijau selepas hujan
setelah kemarau panjang meminta kita untuk tidak bertanya
tentang takdir dan airmata

Sekalipun aku tidak lagi bertanya
tidak aku membenci keindahan pada lelaki seperti mu
kerana kau lelaki yang diwujudkan dengan rasa cinta
yang ghairah membongkar rahsia hidup
dan terlalu menarik minat ku

Ada kalanya waktu
kau begitu menyesak perasaan ku
aaaaa
Ayu
Tropicana
22 September 2006



Read more...

Tuesday, December 26, 2006

Apa Yang Kurasa....


Aku tidak tahu
apa yang perlu kurasa
antara benci, kecewa dan marah
atau antara kasih, simpati dan memahami
mana satu yang harus dirasai.

Lantas aku tidak mahu
merasakan apa-apa lagi
dan hanya terus menjalani hidup ini
dengan sisa tabah yang berbaki.
aaaaa
Warna Diri

Read more...

Thursday, December 21, 2006

Dia Telah Pergi....


Berkerumun orang dihalaman rumah,
dengan muka suram terpamer,
dan sesetengahnya,
mata berkaca-kaca.

Alunan ayat suci mengisi kekosongan,
dari orang-orang yang ikhlas bersedekah,
mendoakan kesejahteraan,
bekalan sepanjang perjalanan.

Hari ini dia telah pergi,
meninggalkan segala yang dikasihi,
selamanya.
aaaaa
Warna Diri

Read more...

Wednesday, December 20, 2006

Itulah Aku....


Itulah aku....
yang mencari warna pada diri,
di setiap perjalanan,
demi mendewasakan kehidupan.

aaaaa
Warna Diri

Read more...

Tuesday, December 19, 2006

Cerita Itu....


Mekar senyuman terhias dibibir,
dan wajah ceria,
cerita itu tidak dapat memungkinkan segala-galanya.

Kukira setiap orang memikul kenangan pahit,
bukankah itu lumrah hidup?

Tapi cerita ini mengundang kesedihan yang tersendiri,
pengalaman hidup seorang isteri,
pada lelaki yang tidak berbudi,
dan juga seorang ibu,
pada 2 anak kembar dan seorang gadis sunti.

Dan bila air mata ini mengalir kerana cerita itu,
tidak mungkin kuanggap ia cerita biasa lagi.

aaaaa

Warna Diri
kulim
5 April 2006

Read more...

Ku khabarkan rindu....


Dalam kelembutan angin malam,
aku mengkhabarkan rindu yang paling dalam,
yang tidak pernah padam,
untukmu yang terlalu jauh dari pandangan.
aaaaaa
warna diri
kulim
5 Disember 2006

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP