Ada Cinta Yang Begitu Mendalam
(Buat I)
Menangis
hanya kerana mengingati dirinya
bukankah itu cinta yang amat dalam?
Ini bukan kali pertama
ternyata untuk kali keduanya ini
aku benar-benar memahami
pada setiap air mata yang mengalir dipipimu
ada cinta yang begitu mendalam.
I...
sebagai perempuan
yang juga pernah merasai apa itu peritnya cinta
aku dapat merasakan kekecewaan itu dalam jiwamu
ya,ia terlalu pedih
dan ya, ia terlalu membebankan
untuk hati yang begitu mencinta.
Namun itulah lumrah hidup
bahawa pada setiap impian itu
akan ada diantaranya yang tidak kan pernah
menjadi kenyataan
bukankah Tuhan itu sudah mengaturkan segalanya
yang terbaik untuk kita?
I...
biarkan hari mendatang hadir bersama keindahan
cerita semalam
hanyalah antara titipan kehidupan
yang punya kegembiraan dan kesedihannya tersendiri
terimalah ia dengan seadanya
dan percayalah bila kukatakan
'waktu itu adalah pengubatnya'
aaa
Warna Diri
8 July 2007
Ipoh