Monday, January 22, 2007

Kejauhan Itulah Yang Sebenarnya Merapatkan


(Buat I)

Takdir ku adalah berada di sini
perpisahan itu adalah sesuatu yang pahit
manisnya kita masih dapat bertemu lagi
cuma apa yang janggal buat kita
aku tidak lagi dapat bercerita dengan mu selalu
dan kau pun tidur tanpa ku di sisi
kehidupan pun punyai cerita-cerita tersendiri

Sukarnya aku mengharung hidup seorang diri
gentarnya kau melangkah hari demi hari
kerana kita sudah terlalu lama berdua
kekuatan kita adalah pada ingatan
yang rela dan manis
yang tulus dan penuh kasih
walaupun kadang-kala aku menanggis
kerana rindu menjemput aku mengingati mu
pengubatnya adalah kenangan kita
dan senyuman pun melamar hati
lantas ku luahkan pada deru angin
betapa manis jika kau di sisi

Kita telah memilih takdir kita sendiri
itulah ertinya kedewasaan
suatu hari nanti kau akan menjadi milik orang lain
dan aku dengan jalan ku sendiri
namun hakikat ini tidak pernah cemar
bahawa kau adalah saudara ku yang paling akrab
jambangan kasih ku mekar bak bunga di taman
harumnya menyentuh hati
betapa manis ikatan ini

Percayalah
kejauhan itulah yang merapatkan kita
kerana rindu adalah tanda ingatan
ingatan adalah tanda kasih
kasih akan kita berdua

aaaaaa
Ayu
Kulim
17/05/2000

Read more...

Tidurlah Adik Ku....


Tidurlah adik ku
jangan dibuka kelopak mata mu
buka bila hanya kau mahu
masih ada kesempatan
untuk kau panjangkan
perjalanan mimpi mu
kerana apabila mata mu di tikam sinar pagi
dunia yang penuh ranjau ini
harus pula kau tempuhi

aaaaa
Ayu
Kulim
20/09/97

Read more...

Thursday, January 18, 2007

Lalu Ku Katakan Pada D

Perempuan seperti ku hanya mampu mengeleng kepala
tunduk memandang bumi
sambil termanggu mencari apa yang tidak kena
kerana hebatnya percaturan manusia
bila lafaz cerai boleh di sms sahaja
lalu ku katakan pada D
haruskah dipegang kemodenan begitu rupa?


Dan dalam enak menghirup minuman petang
kita pun berbicara tentang lelaki dan perkahwinan
yang semakin meragukan
aaaaaa
Ayu
Tropicana
Pada lewat minum petang
22/09/2006

Read more...

Monday, January 15, 2007

Tidak Aku......

Tidak aku berputus asa pada cinta,
meskipun kupernah ranap kerananya.

Tidak aku membenci cinta,
meskipun kupernah hancur kerananya.

Tidak aku menjauhi cinta,
meskipun kupernah merasakan kepahitannya.

Dan tidak aku takut pada cinta,
meskipun kugentar untuk menerimanya.

Kerana manusia tanpa cinta,
adalah manusia yang hilang
keindahannya sendiri.

********
warna diri
11 January 07
kulim

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP