Wednesday, April 30, 2008

Yang Terpamer Dari Katamu


Sentiasa aku fikirkan
mungkin cinta seringkali hadir bersama keraguan
bila aku disini dan kau disana
terpisah pada satu jarak yang sering mengundang seribu persoalan
dan jawapan-jawapan yang amat menyesakkan
lantas aku pun bertanya pada diri
sejauh manakah keyakinan ini.

Dan malam ini kita pun bertemu lagi setelah sekian lama
sungguh aku rindu
tapi perasaan ini tidak cukup untuk meyakinkan ku
dan aku pun cuba mencari keyakinan itu disetiap raut wajahmu
dan juga dari jari-jemarimu yang menyentuh lembut tanganku
namun aku masih merasakan sebegitu.

Dan ketika aku semakin lemas didalam perasaan ini
diakhir lewat pertemuan kita malam itu
tanpa disedari kau telah membisikkan sesuatu kepada ku
dan sungguh dengan kata-kata itu
telah membuat hati keperempuanan ku merasa amat tersentuh.

Lalu aku pun membuang jauh perasaan yang membelengu ku
kerna kelegaan itu telah menjadi milikku
yang terpamer dari kata mu
yang benar-benar menyintaiku.

Dan cinta pun menjadi semakin menghijau.

***

warna diri
12 April 2008
Penang

Read more...

Aku Masih Tidak Mengerti


Jangan pernah kau tanyakan padaku
tentang soal hati dan perasaan
kerna aku sendiri tidak pernah dapat mengerti.

Ia hadir bila ia mahu hadir
tanpa sedikit pun rekaan
ia pudar bila ia mahu pudar
tanpa sedikit pun paksaan.

Dan sungguh
aku masih tidak mengerti perasaanku sendiri
dan apa yang aku perlukan
dalam hatiku ini.

***

warna diri
27 April 2008
Kuala Lumpur

Read more...

Tuesday, March 18, 2008

Menyapa Kenangan


Beginilah keadaannya selalu
pada setiap perjalanan yang panjang
aku pun menyapa kenangan.

***

warna diri
12 March 2008
perjalanan pulang ke kuala lumpur


Read more...

Tuesday, February 26, 2008

Kemaafan...Untuk Melupakan Apa Yang Harus Dilupakan!

Segelas penuh ais mocha serta rasberi jus
disudut kecil coffea house ini
kita berbual tentang hal-hal kau dan aku
dan kadangkala ia diselang seli dengan ketawa kecil.

Sungguh takdir benar-benar mempermainkan kita
dan engkau yang pernah memainkan perasaan ku
disuatu ketika dulu
telah membibitkan kebencianku yang tidak bertepi
dan menghilangkan kewujudan mu dalam hidupku
yang kutekadkan untuk selamanya

Jadi,
pernahkah antara kita kan menduga,
kitakan masih sebegini mesra
setelah apa yang berlaku antara kita?

Mungkin itu bukanlah persoalan yang penting untuk kita rungkaikan
kerna hidup sentiasa memberi hal-hal yang mengejutkan
dan padaku
benci dan dendam hanyalah racun yang mematikan jiwa
lalu kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan
pabila dalam dirimu timbulnya penyesalan dan kesedaran

Sehingga ais mocha ku dan rasberi jus mu tinggal separuh penuh
kita pun masih terus bercerita dan melupakan apa yang harus dilupakan.

***
Warna Diri
10 Disember 2007
Juru, Penang.

Read more...

Thursday, February 21, 2008

Warna Baru Pada Perasaanku


(Buat H)

Saat kau memegang tanganku untuk kali pertama
ada getaran yang begitu bertaut
dan rasa yang begitu menyinta.



Dan kini aku pun pasti
sememangnya cintamu adalah milikku
tanpa perlu kau melafazkan nya.



H....
Sesungguhnya malam ini
kau telah memberi warna baru pada perasaanku
dan membawa pergi segala keraguan
dihati ini.


***

warna diri
3hb Febuari 2008
Batu Feringgi, Penang

Read more...

Thursday, January 24, 2008

Yang Belum Lagi Aku Miliki


Merenung diluar jendela
bagaikan melihat masa yang mendatang
langit biru bersama awan yang bergerak
bagaikan masa yang begitu pantas berlalu
dan aku telah pun disini
mengotakan janji pada diriku sendiri.

Kutahu perjalanan ini masih panjang
dan kutahu perjalanan disini masih jauh
demi mengakhiri apa yang telah aku mulakan
walaupun dipertengahan jalan ini
sesekali aku tewas
apabila air mata ini mengalir
ya, aku kan bersabar.

Dan aku terus tetap disini
mencari diri dan juga impian
yang belum lagi aku miliki.

***
Warna Diri
23hb Januari 2008
Bangi

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates Blogger Theme by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP